Birthday Announcement : Happy Birthday to Lola who turns 23rd today. I think it’s 23rd. Well, wish you more of happy days ahead and have fun girl!

Sebut sahaja bulan Ogos, semua orang tahu perkaitannya dengan satu perkataan – MERDEKA. satu ungkapan, satu laungan bersejarah yang senantiasa segar menyinar jauh di lubuk hati setiap insan yang bergelar anak Malaysia. Biarpun bukan semua, tetapi hanya pada kebanyakannya, ianya tetap menjadi satu sumber inspirasi bagi menjana semangat patriotisme setiap insan.

Ukuran patriotisme pula cukup subjektif dan amat luas ertinya. Patriotisme bukan isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih bersifat spiritual, rasa kecintaan yang kekal dan tebal kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan. Pendek kata, patriotisme bukan hanya di bibir sahaja. Ia harus lahir secara semula jadi sebagai sesuatu yang dirasai dan ditafsir daripada degup jantung dan jiwa setiap rakyat Malaysia.

Bukan kerana nama dan rupa
Bukan kerana pangkat, darjat dan harta
Bukan kerana dipinta mahupan dipuja
Tetapi kerana rasa cinta

Bukan indah khabar dari rupa
Bukan kerana hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri kita merana
Bukan kerana panas tak sampai ke senja
Tetapi kerana ikhlas menuntun jiwa

Bukan sekadar laungan
Bukan sekadar pautan
Bukan sekadar janji manis indah perkhabaran
Tetapi suara lantang memberikan erti kepada sebuah pengorbanan

Rasa cinta dan bangga tidak perlu dikempenkan
Biarpun pemodenan dan arus globalisasi memamah diri dan mengaburkan
semangat ini tidak akan luntur ditelan zaman
Tersemat indah dan gemilang tak lapuk dek hujan

cibol
Khamis, 30 Ogos 2007, 12:30 PM

Advertisements